Rabu, 26 Ogos 2009

Bersemperna ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, ABIM Daerah Taiping mengajurkan Kempen Seorang Sekampit Beras, bertujuan khusus untuk membantu golongan fakir miskin yang kurang berkemampuan di seluruh Daerah Taiping agar terus dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempuran dan menyambut Aidilfitri melalui huluran bantuan keperluan harian. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi meraka yang memerlukan.

Sehubungan dengan itu, satu majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YDP ABIM Daerah Taiping, saudara Mustaffar bin Bakar, bertempat di Surau SERI Al-Ummah pada 1 Ramadhan yang lalu. Seramai tiga orang telah menerima bantuan pada majlis tersebut melalui fasa yang pertama.

Fasa Sumbangan Ramadhan / Syawal

Fasa Pertama

8 Syabban 1430 - 25 Ramadhan 1430
(30.7.2009 - 15.9.2009)

Kempen Sumbangan Beras dan Barangan Keperluan Lain

Fasa Kedua

1 Ramadhan 1430 - 25 Ramadhan 1430
(22.8.2009 - 15.9.2009)

Majlis Pelancaran Kempen Pada 1 Ramadhan 1430
Penyampaian Sumbangan Ramadhan

Fasa Ketiga

22 Ramadhan 1430 - 29 Ramadhan 1430
(12.9.2009 - 19.9.2009)

Penyampaian Sumbangan Syawal

Kesemua sumbangan yang diterima dari masyarakat akan diagihkan kepada golongan fakir miskin yang kurang berkemampuan dari rumah ke rumah bagi penerima yang layak. Sumbangan berbentuk beras dan lain-lain barangan makanan keperluan haria seperti gula, minyak, tepung dan susu atau sumbanga tunai boleh disalurkan kepada : -

Pusat Dakwah ABIM Daerah Taiping,
JKR 31, Jalan Assam kumbang,
34000 Taiping, Perak.

atau bantuan tersebut boleh di salurkan kepada Ahli- Jawatankuasa ABIM Daerah Taiping. Sebarang pertanya boleh menghubungi Pusat Dakwah di talian 05-8062696.


Majlis Pelancaran di sempurnakan oleh YDP ABIM Taiping
Saudara Mustaffa bin Bakar















Sumbangan yang di terima dari masyarakat




























Penerima-penerima Sumbangan